Soalan Lazim Dalam Temuduga

Monday, May 19, 2014

Menghadiri temuduga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Walaupun anda telah menghadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih wujud dalam diri.


Soalan Lazim Dalam Temuduga

 Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan persediaan yang sewajarnya. Contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.

Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap dihadapan mereka. Jadi, jangan risau sekiranya jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Yang penting jawab soalan yang dikemukakan dan yakin pada diri sendiri.

Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang kerja dan syarikat yang anda mahu pilih. Dengan itu anda mempunyai kelebihan dalam menjawab soalan yang ditanya nanti. Berikut adalah beberapa soalan popular yang selalu ditanya oleh penemuduga, dipecahkan kepada beberapa bahagian:


SEJARAH PEKERJAAN ANDA SEBELUM INI.

Soalan: Namakan syarikat , jawatan, tarikh masuk dan tarikh berhenti, dan berapa gaji anda semasa berkhidmat ditempat kerja yang sebelum ini?

Penerangan: Anda mungkin terkejut dengan soalan sedemikian. Walaupun soalanya senang tapi boleh mendatangkan masalah juga kalau anda tak boleh menjawab dengan betul. Jadi ingat balik semua perkara tersebut dan terangkan secara terperinci seperti yang terdapat pada resume yang anda hantar kepada mereka. Salah satu cara yang paling mudah adalah sediakan satu nota tetang perkara diatas kemudian cuba hafal dan bawa semasa hari temuduga.

Soalan: Apakah tanggungjawab anda ditempat kerja sebelum ini?

Penerangan: Dalam menjawab soalan ini, anda hendaklah menerangkanya secara khusus tentang apa yang telah anda lakukan sebelum ini dan kaitkan dengan pekerjaan yang anda inginkan sekarang. Apa yang penting disini adalah anda perlu menerangkanya dengan jujur. Jangan menipu seperti menceritakan tanggungjawab yang dibuat sedangkan anda tidak melaksanakannya. Penemuduga dapat mengesan pada riak muka anda jikalau menipu. Paling ditakuti sekiranya pihak pengurusan menyelidik latar belakang anda di tempat kerja anda sebelum ini.

Soalan: Apakah cabaran utama yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda mengendalikan masalah tersebut?

Penerangan: Apabila anda ditanya soalan temuduga kerja seperti ini "Bagaimana anda menangani cabaran?" pastikan anda sertakan contoh-contoh khusus tentang bagaimana anda mengendalikan situasi yang sukar yang pernah anda alami. Bincangkan bagaimana anda membuat penyelidikan tentang masalah tersebut dan cadangan anda untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Soalan: Apakah yang telah anda pelajari daripada kesilapan anda telah lakukan sebelum ini?

Penerangan: Apabila anda menjawab soalan ini, pastikan anda menukarkan perkara yang negatif kepada perkara yang positif. Contohnya seperti berikut:

#Salah satu perkara penting yang menjadi pengajaran kepada kerjaya dan diri saya ialah kegigihan. Tidak mudah berputus asa kerana mungkin ada jalan penyelesaian yang mudah yang kitasendiri  tidak sedar dimana perkara tersebut boleh menyelesaikan masalah kita.


#Saya telah belajar untuk memberikan peluang yang kedua kepada setiap orang, kerana tanggapan pertama kita sering menyebabkan kekeliruan dan tidak tahu perkara yang sebenar yang terjadi.


Soalan :Apakah yang anda suka dan tidak suka berkerja ditempat lama anda terdahulu?

Penerangan: Apabila anda ditanya dengan soalan “apa yang tidak suka tentang pekerjaan anda sebelum ini, anda jangan terlalu memberi tanggapan yang negatif terhadap perkerjaan anda sebelum ini. Ini kerana tidak mustahil untuk penemuduga beranggapan bahawa anda akan bercakap negatif tentang pekerjaan atau syarikat baru apabila anda sudah bersedia untuk berkerja atau dipilih nanti (jika anda mendapat mendapat pekerjaan yang ditemuduga). Sebaliknya anda perlu bercakap tentang diri sendiri dan memberitahu tentang apa yang anda ingin sumbangkan kepada pekerjaan yang baru. Contoh jawapan dia seperti berikut:

#Saya seronok bekerja ditempat lama bersama-sama dengan rakan-rakan setugas yang saya yang lain. Suasana kerja yang tidak tegang memnyebabkan saya seronok untuk pergi kerja setiap hari. Saya mendapat kepuasan bekerja di tempat kerja lama saya.


#Salah satu sebab saya meninggalkan tempat kerja lama saya ialah kerana ianaya tidak mempunyai banyak cabaran serta mudah untuk saya selesaikan. Saya inginkan cabaran yang lebih daripada itu.


#Saya rasa saya sudah memberi komitmen yang lebih ditempat kerja lama saya, malangnya sejak beberapa tahun saya bekerja disana, masih lagi memegang jawatan yang sama dalam erti kata lain tak naik pangkat.


#Saya rasa kepakaran saya tidak sesuai ditempat kerja lama saya, akan tetapi saya menghargai jasa yang telah saya sumbangkan kepada tempat kerja lama saya.


Soalan : Pernahkah anda bekerja dengan rakan setugas yang anda benci? Jika pernah, bagaimana anda uruskan perkara tersebut.

Penerangan : Ya saya pernah bekerja dengan orang sedemikian. Walaubagaimanapun apabila saya melihat dia fokus terhadap kerja dan tahu mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah, saya menghargai apa yang telah dia buat. Kemudian perlahan-lahan perasaan benci saya bertukar menjadi suka walaupun kami tidak berkawan.

Soalan : Kenapa anda berhenti bekerja ditempat kerja lama anda?

Penerangan: Soalan ini melibatkan dua perkara utama. Pertama, jika anda berhenti kerja kerana kerelaan anda sendiri dan yang kedua ialah kerana anda dipecat.

Jika anda berhenti secara sukarela. Jawapan dia seperti berikut:


#Saya berasa bosan bekerja di tempat lama saya kerana kurang cabaran dan tidak bersesuaian dengan bakat yang saya miliki. Saya ingin merasakan kenikmatan berkerja dan saya tidak mahu berkerja secara tidak ikhlas disebabkan faktor saya tidak mempunyai bakat dalam bidang pekerjaan yang saya ceburi. Jadi ianya perkara yang sia-sia sahaja dan berkemungkinan besar mengambil masa yang lama untuk mengecapi kejayaan serta naik pangkat.



SOALAN TEMUDUGA MENGENAI DIRI ANDA

Selain daripada soalan tentang pekerjaan lama anda juga akan ditemuduga berkenaan dengan personaliti anda sendiri. Bagaimana tingkahlaku anda bekerja selama ini. Berikut adalah beberapa soalan popular yang ditanya oleh penemuduga.

Soalan: Apakah kelemahan yang ketara dalam diri kamu?

Penerangan: Apabila anda ditanya dengan soalan sebegini, anda jangan terlalu mendedahkan kelemahan anda yang ketara. Cuba tukarkan perkara yang negatif kepada positif. Contohnya seperti berikut:

#Apabila saya diberi satu tugas, saya akan siapkannya lebih awal daripada jadual yang sepatutnya kerana saya banyak mengambil ikhtibar daripada buat kerja diakhir waktu yang sangat menyulitkan


#Saya sangat mementingkan kersempurnaan dalam kerja yang saya lakukan. Oleh yang demikian saya akan menyemak kerja saya berkali-kali sehingga saya betul-betul puas hati dengan apa yang saya lakukan.


Soalan :Apakah kekuatan yang ketara dalam diri kamu?

Penerangan : Mungkin soalan ini sangat mudah untuk anda jawab. Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini ialah dengan menerangkan kemahiran dan pengalaman kamu yang berkerja ditempat lain sebelum ini dan kaitkan dengan kerja yang anda pohon sekarang. Contohnya adalah seperti berikut:

#Saya telah mencapai matlamat jualan syarikat setiap tahun dan saya telah diberi bonus diatas pencapaian saya tersebut.


#Saya mahir mengurus masa saya dengan baik, cekap dan teratur sekaligus memudahkan saya untuk memberi tumpuan kepada tugasan yang seterusnya.


#Saya mampu mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang sukar kerana saya tahu setiap masalah itu ada cara penyelesaianya yang tersendiri.


Soalan : Bagaimana kekuatan yang ada pada diri anda boleh membantu anda dalam pekerjaan yang anda ceburi?

Penerangan : Soalan ini adalah soalan susulan daripada asas kekuatan anda tadi. Anda perlu huraikan bagaimana keupayaan tersebut membantu anda dalam berkerja. Jawapan ringkas yang dicadangkan adalah:

#Keupayaan saya yang paling ketara adalah boleh bekerja dengan pelbagai individu yang berbeza agama, bangsa dan budaya. Saya seronok bekerja dengan semua orang yang saya jumpa dan dalam masa yang sama saya akan merapatkan hubungan dengan mereka sekaligus memudahkan saya untuk menguruskan kerja secara berpasukan.


#Saya sentiasa fokus terhadap kerja yang saya lakukan. Saya tidak mencampuradukan kerja dengan masalah personal saya ketika ditempat kerja. Oleh hal yang demikian, saya mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja saya walaupun sibuk.


Soalan : Ceritakan serba sedikit tentang latar belakang anda?

Penerangan: Dalam menjawab soalan ini anda harus memberi jawapan berkenaan dengan jawatan, suasana kerja dan budaya kerja anda sebelum ini. Contohnya seperti berikut:

#Saya seronok bekerja dan bermesyuarat dengan semua orang dan sentiasa fokus terhadap kerja saya.


#Saya seorang yang berfikiran kreatif. Saya sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah yang saya hadapi terutamanya dalam tugasan yang diamanahkan kepada saya.


#Saya cekap dalam melakukan tugasan dan membuatkan saya lebih proaktif dalam melaksanakan tugasan.


Soalan: Cuba ceritakan cara kerja anda?

Anda perlu memberi jawapan yang bersesuaian dengan kerja yang anda temuduga sekarang. Berikut adalah cadangan jawapanya:

#Saya sentiasa menyemak kerja saya supaya kerja saya lakukan itu betul-betul berkualiti untuk kebaikan kepada syarikat saya.


#Saya membuat kerja dengan terancang supaya saya boleh member tumpuan kepada kerja yang seterusnya.


#Saya sentiasa berbincang dengan rakan sekerja yang lain dalam melaksanakan tugasan yang diberi supaya lebih cekap dan efisien.


Soalan: Bagaimana cara anda menangani tekanan kerja?

Penerangan: Dalam soalan ini anda perlu menceritakan pengalaman anda apabila mengalami tekanan. Contoh jawapan mudah adalah seperti berikut:

#Tekanan adalah penting kepada saya kerana dengan adanya tekanan saya boleh melakukan tugasan dengan lebih baik. Cara yang sesuai untuk saya mengimbangi tekanan adalah dengan cara mengasingkan tekanan yang baik dan tekanan yang buruk. Saya perlukan tekanan yang baik untuk kekal bermotivasi dan produktif.


#Saya bertindak berdasarkan situasi dan bukanya tekanan kerana saya tidak mahu memikirkan tekanan kerana pastinya menyebabkan prestasi kerja saya menurun.


#Saya bukanlah seorang yang sukar berkerja apabila dalam tekanan. Saya sentiasa fokus dan berusaha untuk menyiapkan kerja saya.


Soalan: Apakah perkara yang dapat memberikan anda motivasi dalam bekerja?

Penerangan: Contoh jawapan adalah seperti berikut:

#Saya adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap kerja dan saya akan memastikan kualiti kerja saya sentiasa terbaik bersama-sama rakan sekerja yang lain. Saya melatih diri saya sendiri untuk bekerja dan siap tepat pada masanya untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik.


#Saya sentiasa ingin melakukan kerja dengan baik walau apa jua jawatan yang saya sandang. Saya sentiasa ingin cemerlang dalam kerja yang saya buat supaya ianya memberi kepuasan peribadi saya dan khususnya kepada majikan saya.


Kesimpulannya, anda hendaklah membuat persiapan yang sewajarnya sebelum menghadiri temuduga. Hal ini perlu  bagi membolehkan anda mempunyai persediaan yang cukup sebelum menghadiri temuduga.

Kekurangan membuat persiapan sebelum menghadiri temuduga akan menjejaskan tahap keyakinan anda semasa menghadiri temuduga. Oleh itu, anda hendaklah membuat persiapan seawal mungkin sebelum menghadiri temuduga seperti mengulangkaji soalan-soalan lazim yang akan ditanya oleh penemuduga. Semoga berjaya!

Share :

1 comment

  1. Oh begitu...

    Boleh lawat portal ini untuk tahu Soalan Terbaik Untuk Ditanya Kepada Penemuduga :)

    http://ohkerjaya.com/persediaan-temuduga/soalan-terbaik-untuk-ditanya-kepada-penemuduga/#axzz3QwqjIWUr

    ReplyDelete

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

 


yang sedang mencari maklumat kerjaya dan soalan peperiksaan di sini.

PERCUMA!
Dapatkan Update Terkini
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Rujukan Tambahan

Rujukan PTD Malaysia

Top Recent Posts