Persediaan Fizikal Menghadapi Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Sunday, May 18, 2014

Persediaan fizikal menghadapi peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik dikongsikan khusus  kepada anda yang bakal menghadiri peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Berikut adalah persediaan yang dapat dikongsikan kepada anda.


Persediaan Fizikal Menghadapi Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Seperti yang kita ketahui, peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM sememangnya memerlukan persediaan yang lebih, bukan sekadar membaca semata-mata. Tidak membuat persediaan yang rapi akan membuatkan pelajar mendapat keputusan yang tidak berbaloi dengan usaha yang dilakukan.

Begitu juga dengan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik, mahu tidak mahu calon yang peperiksaan ini perlu bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Sebagai calon peperiksaan PTD, calon tidak perlu takut dan gementar dengan peperiksaan kerana samada bersedia atau tidak, calon tetap menempuh peperiksaan tersebut. Oleh itu, calon digalakkan untuk fokus kepada persediaan untuk berjuang dalam peperiksaan.

Untuk cemerlang dalam peperiksaan PTD, calon hendaklah bersedia dari segala aspek. Hal ini bermaksud calon bukan setakat membaca rujukan tertentu dan mengulangkaji topik semata-mata., malah lebih daripada itu perlu dilakukan oleh calon. Persediaan yang rapi akan memupuk keyakinan yang tinggi untuk calon menghadapi peperiksaan tersebut.

PERSEDIAAN FIZIKAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN PTD

1. Kesihatan
Sebagai calon peperiksaan, anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persediaan ulangkaji sehingga ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang kurang baik akan menganggu persediaan anda untuk menghadapi peperiksaan. Gangguan kesihatan sememangnya tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini pastinya membawa kepada tekanan emosi. Sekiranya masih banyak yang perlu diulangkaji, ia pastinya akan membuat anda bertambah bimbang. Jadi, pastikan anda menjaga perkara tersebut.

2. Tidur Yang Cukup
Anda haruslah mempunyai tidur yang cukup iaitu diantara 6-7 jam sehari. Kurang tidur akan menyebabkan anda mengantuk, letih dan kemungkinan untuk jatuh sakit. Namun, tidur yang berlebihan juga adalah tidak baik untuk kesihatan. Jadi, anda perlu latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

3. Jaga Pemakanan
Makan makanan yang baik atau lebih jelas lagi baik dari segi sumber iaitu halal, kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Oleh itu, ibu bapa haruslah prihatin dengan memberi anak-anak makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menggelapkan hati mereka.

4. Beriadah
Anda tidak perlu beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai calon yang bermain hingga penat dan akhirnya mereka akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Anda dinasihatkan beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukan senaman ringan yang mengeluarkan peluh.

5. Keselamatan
Calon haruslah menjaga keselamatan diri dengan sebaiknya. Jauhkan diri daripada aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecederaan teruk. Anda pastinya tidak mahu mengambil peperiksaan dalam wad di hospital. Kecelakaan sememangnya diundang, namun sekiranya anda tidak berhati-hati, anda sebenarnya telah mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Jadi, lebihkan masa anda untuk berada dirumah ketika musim peperiksaan menjelang. 

Semoga berjaya kepada semua calon yang mengambil peperiksaan ini nanti. diharap anda semua dapat berjaya lulus dengan cemerlang dan seterusnya dapat menjawat jawatan ini.

Share :

No comments:

Post a Comment

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

 


yang sedang mencari maklumat kerjaya dan soalan peperiksaan di sini.

PERCUMA!
Dapatkan Update Terkini
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Rujukan Tambahan

Rujukan PTD Malaysia

Top Recent Posts