Tips Temuduga SPA : Perkara Yang Tidak Disukai Penemuduga

Saturday, April 19, 2014

Tips Temuduga SPA : Perkara Yang Tidak Disukai Penemuduga. Perkara yang tidak disukai penemuduga ini dikongsikan kepada anda khusus kepada yang bakal menghadiri temuduga. Berikut adalah tips yang dapat dikongsikan kepada calon temuduga.

Tips Temuduga SPA : Perkara Yang Tidak Disukai Penemuduga

Sebelum menghadiri temuduga, calon hendaklah mengetahui perkara yang tidak disukai oleh penemuduga. Ini perlu bagi mengelakkan calon gagal dalam temuduga.

Berikut adalah tips temuduga tentang perkara yang tidak disukai oleh penemuduga sebagai panduan untuk anda yang bakal menghadiri temuduga.

6 Perkara Yang Tidak Disukai Penemuduga

1.Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara berlebih-lebihan.

2.Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.

3.Mengelak dari menjawab soalan penemuduga.

4.Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, yang mana ini dapat dilihat daripada jawapan anda sendiri.

5.Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal.

6.Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda.

Kesimpulannya, calon temuduga hendaklah mengelakkan dari melakukan perkara yang tidak disukai penemuduga. Hal ini perlu bagi membolehkan calon berpeluang mendapatkan jawatan yang dipohon.

Membuat perkara yang tidak disukai penemuduga bukan sahaja membosankan penemuduga, malah calon membuatkan penemuduga merasa jelik dengan sikap anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan yang dipohon. Jadi elakkan 6 perkara diatas.


Share :

1 comment

  1. Oh! Begitu rupanya...

    Jemput lawat portal ini untuk tahu Soalan Terbaik Untuk Ditanya Kepada Penemuduga:

    http://ohkerjaya.com/persediaan-temuduga/soalan-terbaik-untuk-ditanya-kepada-penemuduga/#axzz3Qr0knl3k

    ReplyDelete

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

 


yang sedang mencari maklumat kerjaya dan soalan peperiksaan di sini.

PERCUMA!
Dapatkan Update Terkini
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Rujukan Tambahan

Rujukan PTD Malaysia

Top Recent Posts