Cara Pemilihan Kerjaya

Monday, March 17, 2014

Cara Pemilihan Kerjaya

Cara Pemilihan Kerjaya memerlukan penelitian yang rapi dari segi hala tuju pemilihan kerjaya yang sesuai mengikut bidang masing-masing.

Individu akan cuba melaksanakan konsep kendiri di mana individu tersebut memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri. Lebih jelas lagi konsep kendiri ini merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara individu tersebut menganggap tentang dirinya secara postif mahupun negatif.

Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya.

Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan pelbagai keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin bertambah kemungkinan individu tersebut untuk berjaya dalam bidang yang dipilih. 

Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens iaitu keserasian antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.


Masalah Pemilihan Kerjaya Remaja

Masalah pemilihan kerjaya dalam remaja terjadi kerana remaja tiada kebolehan dalam membuat sebarang keputusan tentang kerjaya. Hal ini terjadi apabila remaja mempunyai minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada hala tuju serta tidak mempunyai minat. 

Masalah ini juga berlaku disebabkan remaja gagal menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri yang ada pada dirinya. 

Sesetengah remaja juga kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat yang jelas berkaitan dengan dunia pekerjaan.


Strategi Pemilihan Kerjaya

Pemilihan kerjaya memerlukan pelbagai strategi yang proaktif agar individu tidak tersalah langkah dalam memilih kerjaya. 

Strategi yang dimaksudkan ialah dengan mengenalpasti pelbagai sifat serta ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu dengan mengenal potensi yang ada pada diri individu. 

Selain itu, individu hendaklah mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan agar dapat mengenali dunia pekerjaan dengan lebih mendalam lagi. Individu juga haruslah memadankan pekerjaan dengan individu seperti memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.


Jenis Kerjaya Mengikut Bidang Yang Diminati

Pelbagai sifat serta ciri yang ada dalam diri setiap individu. Oleh itu, individu haruslah mengenalpasti sifat serta ciri-ciri yang ada pada diri agar mudah untuk membuat pilihan pekerjaan supaya selari dengan kemampuan diri.

1. REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)
a. CIRI-CIRI Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal, materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras hati, berulang-ulang, kurang celik akal.

b. SUKA Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.

c. TIDAK SUKA Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.

d. ORIENTASI Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.

e. PEKERJAAN Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, tukang paip.

f. BIDANG PENGAJIAN Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan.

2. INVESTIGATIF - ORANG JENIS MENGANALISIS (SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)
a. CIRI-CIRI Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal, tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak popular.

b. SUKA Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian.

c. TIDAK SUKA Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, bekerja dengan orang lain, kepimpinan.

d. ORIENTASI Penyelidikan dan penyelesaian masalah.

3. SOSIAL - ORANG JENIS SOSIAL (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN)
CIRI-CIRI Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin, bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif, memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan

4. ENTERPRISING - ORANG JENIS USAHAWAN (PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN)
CIRI-CIRI Agresif, memujuk, sergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas, bersungguh-sungguh, suka berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda, petah, manipulasi, dominan, kemahiran interpersonal yang baik, kebolehan m
emimpin, menonjolkan diri, regular, pentingkan diri, maskulin, bermotivasi.

5. KONVENSIONAL - ORANG JENIS SISTEMATIK ( PERKERJAAN DAN ORGANISASI PEJABAT)
CIRI-CIRI Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh, suka mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka berimaginasi, mendesak, tegas, praktikal, stereotaip, dominan, disiplin, konservatif, kurang berdikari, terancang, rigid bergantungan.


Kesimpulannya, pemilihan kerjaya mengikut minat dan bidang masing-masing adalah perlu bagi setiap orang. Kesilapan memilih kerjaya diluar bidang anda hanya akan merosakkan minat anda sendiri sekaligus pastinya tidak akan bertahan lama di alam pekerjaan itu nanti.

Jadi jangan hairanlah jika mereka yang mungkin kurang berpendidikan tinggi masih boleh menjana keuntungan berlipat kali ganda atas usaha dan niat mereka yang tidak mengenal erti susah payah. Semoga berjaya!


Share :

1 comment

  1. Alhamdulillah :)

    Boleh baca di sini untuk tahu Bagaimana Meluangkan Masa Pada Detik-detik Terakhir Sebelum Sesi Temuduga

    http://ohkerjaya.com/persediaan-temuduga/bagaimana-meluangkan-masa-pada-detik-detik-terakhir-sebelum-sesi-temuduga/#axzz3Qr0knl3k

    ReplyDelete

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

 


yang sedang mencari maklumat kerjaya dan soalan peperiksaan di sini.

PERCUMA!
Dapatkan Update Terkini
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Rujukan Tambahan

Rujukan PTD Malaysia

Top Recent Posts