Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Kastam W27

Tuesday, July 22, 2014


Syarat Lantikan:
i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
iii. Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]
iv. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas :
i. Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
ii. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
iii. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
iv. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
v. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.

menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.


Sudahkah anda mempunyai panduan dan rujukan? Sudah bersedia dengan pelbagai bentuk soalan? Jangan risau. Kami ada menyediakan panduan khas untuk sesiapa yang bakal menghadiri peperiksaan Penolong Kastam ini. 

Panduan ini akan dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja. Jadi, anda dinasihatkan untuk menjadi yang terawal mendaftar kerana sudah pasti lebih ramai yang mahukan panduan ini.

Kepada calon yang berminat, bolehlah terus klik pada pautan di bawah dan daftar sebagai waiting List untuk mendapatkan panduan tersebut.

Continue Reading----->

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Wednesday, May 21, 2014

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41? Berikut merupakan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 untuk tahun 2014 kepada calon yang terpilih.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41


Adakah anda calon bagi peperiksaan bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41? Sudahkah anda bersedia dengan bentuk soalan yang bakal diajukan nanti? Jangan risau lagi, satu panduan khas telah disediakan kepada semua calon yang terpilih untuk menduduki peperiksaan bagi Gred S41 kali ini.

SPA Malaysia baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa satu peperiksaan bertulis akan diadakan pada 27 Mei 2014 nanti. Justeru, permintaan untuk mendapatkan panduan sentiasa meningkat setiap kali peperiksaan menjelang.

Berdasarkan pengalaman daripada calon, pihak InfoKerjaya berbesar hati untuk membantu anda supaya boleh menjawab soalan peperiksaan bertulis dengan mudah menggunakan contoh soalan yang diperoleh daripada peperiksaan yang terdahulu.

Secara ringkasnya, calon haruslah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 sebagaimana persaingan dengan calon yang lain semakin tinggi saban tahun.

Sepintas Lalu Fakta Peperiksaan

Kita semua sedia maklum bahawa statistik yang gagal dalam peperiksaan bertulis ini adalah tinggi kerana tiada persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan seperti ini. 

Mungkin ianya tampak remeh bagi sesetengah orang tetapi sebenarnya ramai yang sudah bersedia daripada awal untuk mendapatkan pekerjaan seperti Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 ini.

Calon haruslah bersedia daripada bentuk dan jenis soalan yang akan dikemukakan nanti. Secara amnya, peperiksaan bertulis ini menggunakan format baharu peperiksaan. Ianya terbahagi kepada 3 seksyen iaitu bahagian A, B dan C sahaja.

Seksyen A : Pengetahuan Am
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C : Personaliti Diri



Contoh Soalan Peperiksaan Penjawat Awam

Bahagian A
Soalan : 50
Markah : 40 minit

Bahagian A biasanya lebih menjurus kepada pengetahuan am calon di mana ianya lebih berkait dengan soalan yang lebih terarah kepada pengetahuan global. Contoh soalan yang akan diberikan adalah seperti berikut :

Negara apakah yang menganjurkan Bola Sepak Piala Dunia 2014 pada kali ini?
A - England
B - Brazil
C - Sepanyol
D - Perancis


Bahagian B 
Soalan : 40

Markah : 45 minit

Bahagian B akan menguji calon dengan soalan-soalan yang menguji minda kreatif, logikal, matematikal, menginterpretasi dan lain-lain. Soalan pada bahagian ini melibatkan pengiraan dan cara seseorang calon itu berfikir.


Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Kebiasaannya soalan yang melibatkan pengiraan ini diberikan dalam bentuk jadual bertulis ataupun perkiraan mudah tetapi agak mengelirukan calon. Soalan berbentuk pengiraan merupakan soalan yang biasanya ditanya dalam peperiksaan terutama sekali bagi jawatan seperti ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29


Sekyen C (Personaliti Diri)
Soalan pada bahagian ini memerlukan kekreatifan diri calon dalam menganalisa perwatakan diri dan biasanya contoh soalan adalah berkaitan diri calon itu sendiri terutama sekali apabila diberikan sesuatu situasi. Secara amnya calon haruslah yakin dalam menjawab soalan yang bakal ditujukan dengan penulisan yang mantap dan berkesan kepada penanda peperiksaan itu nanti.

Dapatkan Panduan Lulus Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Untuk menjawab peperiksaan ini dengan baik, calon disarankan mendapatkan panduan khas yang dikeluarkan dan disediakan oleh pihak InfoKerjaya nanti. Atas permintaan ramai juga, pihak InfoKerjaya bersetuju untuk mengeluarkan panduan ini untuk calon.

Segalanya lengkap dari segi cara jawab dan jenis soalan yang bakal anda hadapi nanti. Ini bertujuan supaya anda dapat membiasakan diri anda dengan skop soalan untuk peperiksaan ini dengan berbekalkan koleksi soalan yang disediakan.

Calon haruslah membuat persediaan awal dengan topik soalan dan cara menjawab soalan dengan betul mengikut skema jawapan yang diberikan supaya anda akan lebih mahir dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Isi kandungan Panduan Khas Lulus Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 adalah nota tambahan yang lengkap berkaitan dengan jawatan yang bakal disandang ditambah lagi dengan pelbagai koleksi soalan yang semestinya membantu calon dalam menjawab peperiksaan dengan mudah.


Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Panduan Tersebut?

Sebagaimana yang dihebahkan oleh pihak InfoKerjaya, Jualan akan dibuka pada 23 MEI - 25 MEI 2014 (3 Hari Sahaja) sebelum penjualan ditutup pada  25 Mei 2014 tepat pukul 11.59 malam!

Anda dinasihatkan untuk menjadi yang terawal kerana jualan ini adalah terkawal dari segi kuota dan hari penjualan untuk menjaga reputasi dan kualiti panduan tersebut. 


Oleh sebab itu, calon dinasihatkan untuk melanggan sebagai "Waiting List" dahulu untuk mendapatkan panduan ini melalui email serta link pembelian dengan menggunakan fungsi langganan di bawah.



Kepentingan Mendapatkan Panduan Ini

Daripada maklum balas yang diterima oleh calon yang terdahulu, ramai yang berpuas hati dengan isi kandungan panduan yang serba lengkap ini. Koleksi soalan dan skema jawapan yang bagus sangat membantu calon untuk menjawab soalan peperiksaan itu nanti.

Tiada lagi panduan yang selengkap ini bahkan ini adalah satu-satunya panduan yang saya rasa terbaik buat masa ini. Dengan penjualan yang terkawal dari segi masa dan kualiti panduan tersebut, pihak infoKerjaya sentiasa mengemaskini panduan tersebut dari semasa ke semasa.

Jika anda merupakan calon untuk peperiksaan gred S41 bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat, panduan ini pastinya berguna untuk rujukan anda nanti. Jadi, pastikan anda menjadi yang terawal dan terbukti sudah ramai yang berjaya dengan panduan yang disediakan. 



Panduan Khas Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Khas kepada yang melanggan sahaja. Kami akan menghantar Contoh Soalan dan Link Pembelian Panduan Khas Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 ini terus ke email anda.
  • Maklumat Terkini Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41.
  • Contoh Soalan dan Skema Jawapan yang lengkap Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41.
  • Hebahan Topik, Tajuk dan Skop Soalan yang akan ditanya ketika peperiksaan.
  • RAHSIA cara jawab soalan mengikut skema jawapan yang sebenar.
  • Huraian lengkap topik mengenai Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41.
  • Untuk 100 calon terawal membeli - khas untuk pembaca dari blog ini sahaja. Daftar SEKARANG!
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41


Jadilah antara lebih 63 69 calon yang sudah mendaftar dari pelbagai peperiksaan yang sudah mendaftar.

Continue Reading----->

Soalan Lazim Dalam Temuduga

Monday, May 19, 2014

Menghadiri temuduga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Walaupun anda telah menghadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih wujud dalam diri.


Soalan Lazim Dalam Temuduga

 Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan persediaan yang sewajarnya. Contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.

Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap dihadapan mereka. Jadi, jangan risau sekiranya jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Yang penting jawab soalan yang dikemukakan dan yakin pada diri sendiri.

Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang kerja dan syarikat yang anda mahu pilih. Dengan itu anda mempunyai kelebihan dalam menjawab soalan yang ditanya nanti. Berikut adalah beberapa soalan popular yang selalu ditanya oleh penemuduga, dipecahkan kepada beberapa bahagian:


SEJARAH PEKERJAAN ANDA SEBELUM INI.

Soalan: Namakan syarikat , jawatan, tarikh masuk dan tarikh berhenti, dan berapa gaji anda semasa berkhidmat ditempat kerja yang sebelum ini?

Penerangan: Anda mungkin terkejut dengan soalan sedemikian. Walaupun soalanya senang tapi boleh mendatangkan masalah juga kalau anda tak boleh menjawab dengan betul. Jadi ingat balik semua perkara tersebut dan terangkan secara terperinci seperti yang terdapat pada resume yang anda hantar kepada mereka. Salah satu cara yang paling mudah adalah sediakan satu nota tetang perkara diatas kemudian cuba hafal dan bawa semasa hari temuduga.

Soalan: Apakah tanggungjawab anda ditempat kerja sebelum ini?

Penerangan: Dalam menjawab soalan ini, anda hendaklah menerangkanya secara khusus tentang apa yang telah anda lakukan sebelum ini dan kaitkan dengan pekerjaan yang anda inginkan sekarang. Apa yang penting disini adalah anda perlu menerangkanya dengan jujur. Jangan menipu seperti menceritakan tanggungjawab yang dibuat sedangkan anda tidak melaksanakannya. Penemuduga dapat mengesan pada riak muka anda jikalau menipu. Paling ditakuti sekiranya pihak pengurusan menyelidik latar belakang anda di tempat kerja anda sebelum ini.

Soalan: Apakah cabaran utama yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda mengendalikan masalah tersebut?

Penerangan: Apabila anda ditanya soalan temuduga kerja seperti ini "Bagaimana anda menangani cabaran?" pastikan anda sertakan contoh-contoh khusus tentang bagaimana anda mengendalikan situasi yang sukar yang pernah anda alami. Bincangkan bagaimana anda membuat penyelidikan tentang masalah tersebut dan cadangan anda untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Soalan: Apakah yang telah anda pelajari daripada kesilapan anda telah lakukan sebelum ini?

Penerangan: Apabila anda menjawab soalan ini, pastikan anda menukarkan perkara yang negatif kepada perkara yang positif. Contohnya seperti berikut:

#Salah satu perkara penting yang menjadi pengajaran kepada kerjaya dan diri saya ialah kegigihan. Tidak mudah berputus asa kerana mungkin ada jalan penyelesaian yang mudah yang kitasendiri  tidak sedar dimana perkara tersebut boleh menyelesaikan masalah kita.


#Saya telah belajar untuk memberikan peluang yang kedua kepada setiap orang, kerana tanggapan pertama kita sering menyebabkan kekeliruan dan tidak tahu perkara yang sebenar yang terjadi.


Soalan :Apakah yang anda suka dan tidak suka berkerja ditempat lama anda terdahulu?

Penerangan: Apabila anda ditanya dengan soalan “apa yang tidak suka tentang pekerjaan anda sebelum ini, anda jangan terlalu memberi tanggapan yang negatif terhadap perkerjaan anda sebelum ini. Ini kerana tidak mustahil untuk penemuduga beranggapan bahawa anda akan bercakap negatif tentang pekerjaan atau syarikat baru apabila anda sudah bersedia untuk berkerja atau dipilih nanti (jika anda mendapat mendapat pekerjaan yang ditemuduga). Sebaliknya anda perlu bercakap tentang diri sendiri dan memberitahu tentang apa yang anda ingin sumbangkan kepada pekerjaan yang baru. Contoh jawapan dia seperti berikut:

#Saya seronok bekerja ditempat lama bersama-sama dengan rakan-rakan setugas yang saya yang lain. Suasana kerja yang tidak tegang memnyebabkan saya seronok untuk pergi kerja setiap hari. Saya mendapat kepuasan bekerja di tempat kerja lama saya.


#Salah satu sebab saya meninggalkan tempat kerja lama saya ialah kerana ianaya tidak mempunyai banyak cabaran serta mudah untuk saya selesaikan. Saya inginkan cabaran yang lebih daripada itu.


#Saya rasa saya sudah memberi komitmen yang lebih ditempat kerja lama saya, malangnya sejak beberapa tahun saya bekerja disana, masih lagi memegang jawatan yang sama dalam erti kata lain tak naik pangkat.


#Saya rasa kepakaran saya tidak sesuai ditempat kerja lama saya, akan tetapi saya menghargai jasa yang telah saya sumbangkan kepada tempat kerja lama saya.


Soalan : Pernahkah anda bekerja dengan rakan setugas yang anda benci? Jika pernah, bagaimana anda uruskan perkara tersebut.

Penerangan : Ya saya pernah bekerja dengan orang sedemikian. Walaubagaimanapun apabila saya melihat dia fokus terhadap kerja dan tahu mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah, saya menghargai apa yang telah dia buat. Kemudian perlahan-lahan perasaan benci saya bertukar menjadi suka walaupun kami tidak berkawan.

Soalan : Kenapa anda berhenti bekerja ditempat kerja lama anda?

Penerangan: Soalan ini melibatkan dua perkara utama. Pertama, jika anda berhenti kerja kerana kerelaan anda sendiri dan yang kedua ialah kerana anda dipecat.

Jika anda berhenti secara sukarela. Jawapan dia seperti berikut:


#Saya berasa bosan bekerja di tempat lama saya kerana kurang cabaran dan tidak bersesuaian dengan bakat yang saya miliki. Saya ingin merasakan kenikmatan berkerja dan saya tidak mahu berkerja secara tidak ikhlas disebabkan faktor saya tidak mempunyai bakat dalam bidang pekerjaan yang saya ceburi. Jadi ianya perkara yang sia-sia sahaja dan berkemungkinan besar mengambil masa yang lama untuk mengecapi kejayaan serta naik pangkat.



SOALAN TEMUDUGA MENGENAI DIRI ANDA

Selain daripada soalan tentang pekerjaan lama anda juga akan ditemuduga berkenaan dengan personaliti anda sendiri. Bagaimana tingkahlaku anda bekerja selama ini. Berikut adalah beberapa soalan popular yang ditanya oleh penemuduga.

Soalan: Apakah kelemahan yang ketara dalam diri kamu?

Penerangan: Apabila anda ditanya dengan soalan sebegini, anda jangan terlalu mendedahkan kelemahan anda yang ketara. Cuba tukarkan perkara yang negatif kepada positif. Contohnya seperti berikut:

#Apabila saya diberi satu tugas, saya akan siapkannya lebih awal daripada jadual yang sepatutnya kerana saya banyak mengambil ikhtibar daripada buat kerja diakhir waktu yang sangat menyulitkan


#Saya sangat mementingkan kersempurnaan dalam kerja yang saya lakukan. Oleh yang demikian saya akan menyemak kerja saya berkali-kali sehingga saya betul-betul puas hati dengan apa yang saya lakukan.


Soalan :Apakah kekuatan yang ketara dalam diri kamu?

Penerangan : Mungkin soalan ini sangat mudah untuk anda jawab. Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini ialah dengan menerangkan kemahiran dan pengalaman kamu yang berkerja ditempat lain sebelum ini dan kaitkan dengan kerja yang anda pohon sekarang. Contohnya adalah seperti berikut:

#Saya telah mencapai matlamat jualan syarikat setiap tahun dan saya telah diberi bonus diatas pencapaian saya tersebut.


#Saya mahir mengurus masa saya dengan baik, cekap dan teratur sekaligus memudahkan saya untuk memberi tumpuan kepada tugasan yang seterusnya.


#Saya mampu mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang sukar kerana saya tahu setiap masalah itu ada cara penyelesaianya yang tersendiri.


Soalan : Bagaimana kekuatan yang ada pada diri anda boleh membantu anda dalam pekerjaan yang anda ceburi?

Penerangan : Soalan ini adalah soalan susulan daripada asas kekuatan anda tadi. Anda perlu huraikan bagaimana keupayaan tersebut membantu anda dalam berkerja. Jawapan ringkas yang dicadangkan adalah:

#Keupayaan saya yang paling ketara adalah boleh bekerja dengan pelbagai individu yang berbeza agama, bangsa dan budaya. Saya seronok bekerja dengan semua orang yang saya jumpa dan dalam masa yang sama saya akan merapatkan hubungan dengan mereka sekaligus memudahkan saya untuk menguruskan kerja secara berpasukan.


#Saya sentiasa fokus terhadap kerja yang saya lakukan. Saya tidak mencampuradukan kerja dengan masalah personal saya ketika ditempat kerja. Oleh hal yang demikian, saya mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja saya walaupun sibuk.


Soalan : Ceritakan serba sedikit tentang latar belakang anda?

Penerangan: Dalam menjawab soalan ini anda harus memberi jawapan berkenaan dengan jawatan, suasana kerja dan budaya kerja anda sebelum ini. Contohnya seperti berikut:

#Saya seronok bekerja dan bermesyuarat dengan semua orang dan sentiasa fokus terhadap kerja saya.


#Saya seorang yang berfikiran kreatif. Saya sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah yang saya hadapi terutamanya dalam tugasan yang diamanahkan kepada saya.


#Saya cekap dalam melakukan tugasan dan membuatkan saya lebih proaktif dalam melaksanakan tugasan.


Soalan: Cuba ceritakan cara kerja anda?

Anda perlu memberi jawapan yang bersesuaian dengan kerja yang anda temuduga sekarang. Berikut adalah cadangan jawapanya:

#Saya sentiasa menyemak kerja saya supaya kerja saya lakukan itu betul-betul berkualiti untuk kebaikan kepada syarikat saya.


#Saya membuat kerja dengan terancang supaya saya boleh member tumpuan kepada kerja yang seterusnya.


#Saya sentiasa berbincang dengan rakan sekerja yang lain dalam melaksanakan tugasan yang diberi supaya lebih cekap dan efisien.


Soalan: Bagaimana cara anda menangani tekanan kerja?

Penerangan: Dalam soalan ini anda perlu menceritakan pengalaman anda apabila mengalami tekanan. Contoh jawapan mudah adalah seperti berikut:

#Tekanan adalah penting kepada saya kerana dengan adanya tekanan saya boleh melakukan tugasan dengan lebih baik. Cara yang sesuai untuk saya mengimbangi tekanan adalah dengan cara mengasingkan tekanan yang baik dan tekanan yang buruk. Saya perlukan tekanan yang baik untuk kekal bermotivasi dan produktif.


#Saya bertindak berdasarkan situasi dan bukanya tekanan kerana saya tidak mahu memikirkan tekanan kerana pastinya menyebabkan prestasi kerja saya menurun.


#Saya bukanlah seorang yang sukar berkerja apabila dalam tekanan. Saya sentiasa fokus dan berusaha untuk menyiapkan kerja saya.


Soalan: Apakah perkara yang dapat memberikan anda motivasi dalam bekerja?

Penerangan: Contoh jawapan adalah seperti berikut:

#Saya adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap kerja dan saya akan memastikan kualiti kerja saya sentiasa terbaik bersama-sama rakan sekerja yang lain. Saya melatih diri saya sendiri untuk bekerja dan siap tepat pada masanya untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik.


#Saya sentiasa ingin melakukan kerja dengan baik walau apa jua jawatan yang saya sandang. Saya sentiasa ingin cemerlang dalam kerja yang saya buat supaya ianya memberi kepuasan peribadi saya dan khususnya kepada majikan saya.


Kesimpulannya, anda hendaklah membuat persiapan yang sewajarnya sebelum menghadiri temuduga. Hal ini perlu  bagi membolehkan anda mempunyai persediaan yang cukup sebelum menghadiri temuduga.

Kekurangan membuat persiapan sebelum menghadiri temuduga akan menjejaskan tahap keyakinan anda semasa menghadiri temuduga. Oleh itu, anda hendaklah membuat persiapan seawal mungkin sebelum menghadiri temuduga seperti mengulangkaji soalan-soalan lazim yang akan ditanya oleh penemuduga. Semoga berjaya!
Continue Reading----->

Persediaan Fizikal Menghadapi Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Sunday, May 18, 2014

Persediaan fizikal menghadapi peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik dikongsikan khusus  kepada anda yang bakal menghadiri peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Berikut adalah persediaan yang dapat dikongsikan kepada anda.


Persediaan Fizikal Menghadapi Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Seperti yang kita ketahui, peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM sememangnya memerlukan persediaan yang lebih, bukan sekadar membaca semata-mata. Tidak membuat persediaan yang rapi akan membuatkan pelajar mendapat keputusan yang tidak berbaloi dengan usaha yang dilakukan.

Begitu juga dengan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik, mahu tidak mahu calon yang peperiksaan ini perlu bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Sebagai calon peperiksaan PTD, calon tidak perlu takut dan gementar dengan peperiksaan kerana samada bersedia atau tidak, calon tetap menempuh peperiksaan tersebut. Oleh itu, calon digalakkan untuk fokus kepada persediaan untuk berjuang dalam peperiksaan.

Untuk cemerlang dalam peperiksaan PTD, calon hendaklah bersedia dari segala aspek. Hal ini bermaksud calon bukan setakat membaca rujukan tertentu dan mengulangkaji topik semata-mata., malah lebih daripada itu perlu dilakukan oleh calon. Persediaan yang rapi akan memupuk keyakinan yang tinggi untuk calon menghadapi peperiksaan tersebut.

PERSEDIAAN FIZIKAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN PTD

1. Kesihatan
Sebagai calon peperiksaan, anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persediaan ulangkaji sehingga ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang kurang baik akan menganggu persediaan anda untuk menghadapi peperiksaan. Gangguan kesihatan sememangnya tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini pastinya membawa kepada tekanan emosi. Sekiranya masih banyak yang perlu diulangkaji, ia pastinya akan membuat anda bertambah bimbang. Jadi, pastikan anda menjaga perkara tersebut.

2. Tidur Yang Cukup
Anda haruslah mempunyai tidur yang cukup iaitu diantara 6-7 jam sehari. Kurang tidur akan menyebabkan anda mengantuk, letih dan kemungkinan untuk jatuh sakit. Namun, tidur yang berlebihan juga adalah tidak baik untuk kesihatan. Jadi, anda perlu latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

3. Jaga Pemakanan
Makan makanan yang baik atau lebih jelas lagi baik dari segi sumber iaitu halal, kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Oleh itu, ibu bapa haruslah prihatin dengan memberi anak-anak makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menggelapkan hati mereka.

4. Beriadah
Anda tidak perlu beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai calon yang bermain hingga penat dan akhirnya mereka akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Anda dinasihatkan beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukan senaman ringan yang mengeluarkan peluh.

5. Keselamatan
Calon haruslah menjaga keselamatan diri dengan sebaiknya. Jauhkan diri daripada aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecederaan teruk. Anda pastinya tidak mahu mengambil peperiksaan dalam wad di hospital. Kecelakaan sememangnya diundang, namun sekiranya anda tidak berhati-hati, anda sebenarnya telah mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Jadi, lebihkan masa anda untuk berada dirumah ketika musim peperiksaan menjelang. 

Semoga berjaya kepada semua calon yang mengambil peperiksaan ini nanti. diharap anda semua dapat berjaya lulus dengan cemerlang dan seterusnya dapat menjawat jawatan ini.
Continue Reading----->

Semak Keputusan Peperiksaan Pegawai Penerangan 2014

Wednesday, May 14, 2014

Semakan keputusan peperiksaan pegawai penerangan S41 ini dikongsikan kepada anda yang telah menghadiri peperiksaan pegawai penerangan S41 2014. 




Berikut merupakan link semakan secara online yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) seperti di bawah.


Harus diingatkan, masih ada dua lagi penilaian oleh pihak SPA bagi calon yang berjaya dalam keputusan peperiksaan Pegawai Penerangan S41 sebelum dapat menjawat jawatan Pegawai Penerangan. Tahap penilaian yang dimaksudkan ialah Sesi Penilaian Assessment Center (PAC) dan temuduga Pegawai Penerangan S41.

Sekiranya anda tidak berjaya dalam peperiksaan Pegawai Penerangan S41 ini, anda tidak perlu bersedih kerana anda boleh jadikan peperiksaan ini sebagai pengalaman dan mendapat kelebihan untuk menjawab soalan-soalan pada peperiksaan sesi terbaru nanti. 

Kenalpasti dahulu kelemahan anda, cuba mengatasi kembali topik-topik yang anda lemah tersebut dan gunakan pengalaman tersebut untuk mengatasi calon lain. Semoga berjaya kepada yang kurang berjaya dan tahniah kepada yang berjaya.
Continue Reading----->

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

 


yang sedang mencari maklumat kerjaya dan soalan peperiksaan di sini.

PERCUMA!
Dapatkan Update Terkini
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Rujukan Tambahan